Followers

Monday, December 13, 2010

besday


lama x update blog..malas nak update sb blog kite x cantek..
tu x semangat nak update hehhe
tapi sekarang dah nak update sb blog kire cantek ckit je lah dri dulu
11 Disember genap umo 25 tahun..
baru ni nak update entry..
korang layan je lah pic besday sy ye
en suami bagi hadiah gelang kaki gan kek jer
ermm ok lah dripada xde kan...


kek rasa coffee best nyumy nyumy





cukuplah gambar ye...malas nak upload da..
hari ni memang malas lah huhuhu

Wednesday, December 1, 2010

DISEMBER

pe ada pada bulanDisember??
jeng2...ini lah di nantikan setiap penjawat awam iaitu BONUS
bonus akan dibayar pada 1 Disember 2010
tadi check maybank2u haah memang masuk..
wah dlm hati macam2 nak beli...huhuu

pe ag ada pd bulan Disember??ha tentulah my besday pada 11 Disember
hurm pe agakye sy dapat hadiah dr en suami ek..ingat ke tidak besday sy ni..
tunggu dan lihat je lah kan..

bulan Disember gak besday ma tersayang sy, yang jatuh pada hari Krismas..25.12
nak bg hadiah pe eh kat ma...korang ada cadangan???
kalo ada sila lah comment eh..

 Time raya aidiladha


 raya aidiladha ke-2


kami 3 beranak


Sunday, November 28, 2010

story yg dah lme :KURSUS INDUKSI:

Salam
hye blogger..lme x update..huhuhu my pc kat opis line internet x de..
so sekarang baru ada..baru la leh update blog...
nak cite sal g Kursus Induksi..cite dah lme tp nak gak pos entry 

g Kursus Induksi selama 9 hari memang seronok..
best pat jumpa ramai kwn2..macam2 ragam n telatah die org...
tiap org bilik tido 2 org..memang syok lah pat dok tido kat Hotel..huhuhu
Tido lam air cond..pg2 mandi air panas..maklumlah kat umah sendiri mandi air sejuk jek...

Pat balik dari Kursus Induksi sy x sihat..tekak rasa perit..badan mula sejuk
dah la balik umah tinggal sorang2 ag..en suami kan x balik ag..tp korang en suami sekarang dah balik..balik 4.11.2010 hari tu huhuhu..
sy balik dari kursus induksi 2.11.2010..balik2 badan xsihat, pening pala yang amat sgt..
demam akhirye sy..seminggu sy demam..
bila en suami balik die lah yg menguruskan sy yg x sihat ni
masak, jemur kain, letakkan kain atas pala sy bagi demam x panas...
g beli bubur kat Marry Brown...siap suapkan sekali..
wah seronokye...perhatian yg lebih dari en suami...
k lah korang tgok pic sy time kursus induksi ye..tp sy upload cket je lah..nak tgok banyak tgok kat FB ye..hehe
layaaaannnnnn ....









Tuesday, October 19, 2010

Kursus Induksi

salam hai semua
erm sy ada dapat surat kena g kursus induksi di Hotel Sentral , Kuala Lumpur
alah malasye nak gi..
lama tu dr 24.10.2010 hingga 01.11.2010
mujo en suami belum pulang lagi dr operasi
kalo x sengsara gak nak tinggalkan en suami lme2...
ye lah sian lak en suami nak makan nanti kan...
en suami akan habis operasi pada 05.11.2010
wah seronoknye
kami akan bercinta kembali setelah lme tidak bertemu...
huhuhuhu


ok berbalik pada kursus induksi
dalam surat Kursus Induksi kena pakai kasut hitam bertutup
ala sy x de kasut bertutup warna hitam seme terbuka
ada bertutup tp warna coklat
x leh lak..alahai kena beli lah 1..
nak pakai t-shirt putih lak tanpa corak untuk aktiviti petang
mana ada yg kosong  seme bercorak adalah..
alah belasah jer lah huhuhu
peduli pe sy..wah garanye kamu fara..

semalam sy kuar sorang2 g cari kasut..
g kat Kluang Mall g kedai kasut SUMMIT
kasut cantik2 dah berkenan tp x de size lak..
alahai susahye nak cari em g Kedai Catriona Sonea x de gak size
alah malang ye nasib aku
erm g kat kedai GLAMOUR lak..
cari terus mencari kasut yg sesuai

ada adik jurujual tu tanya
''akak nak cari kasut ape?''akak nak cari kasut hitam yg bertutup
owh ni cantik kak...trylah pakai..
sy pun try pakai..memang ngam2 n cantik gak
budak tu tanya kt sy '' akak nak sambung belajar ke?''
eh..x lah akak dah keje dik
wah npe muke ku nampak cam budak2 ke
wah x nmpk cam kawen ke sy ni huhuuhu
akhirye sy beli lah kasut tu..dah less 50% ok la tu
huhuhu
nie kasut ye..erm biasa2 aje janji bertutup depan kan



Thursday, October 14, 2010

Blog Kolej Komuniti Bandar Tenggara

salam hye semua
ni nak promote kat korang semua...hehhee
mana yg x bz tu leh la terjah ke blog tempat sy bekerja ye..
nie link die
sila2 lah follow ye..




 

Wednesday, October 13, 2010

tido beralaskan lengan suami

semalam g kat pakcik google nak search pe tah untuk buat kerja modul Kolej Komuniti
lupe sih nak search pe..hehhe tibe2 terjumpa rencana ni
pasal tidur berbantalkan lengan suami..
so sy pun nak kongsi kat korang semua..
entry ni untuk para2 isteri je lah ye.... 
jom baca....

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)... FAKTA.... sirius... .

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

sy semenjak awal perkahwinan memang tido berbantalkan suami..
ptt la tenang n lena jerk tido...
rupa ye memang ada fakta ye..
pernah en suami kata "syg best ke tido mcm ni x bau pe2 ke''
sy pun menjawab ''best jer syg tido cm ni lena fara tido"hehhe
so para2 isteri korang amalkan lah ye..
memang tenang jerk hehehehe...


Monday, October 11, 2010

KHASIAT PELUK ISTERI

hari ni nak bagi info kat suami2 yang berada diluar sana..pentingnye peluk isteri setiap pagi..sila baca ye..


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK


 en suami sentiasa peluk diriku x kira pagi or malam...hehhehe