Followers

Tuesday, October 19, 2010

Kursus Induksi

salam hai semua
erm sy ada dapat surat kena g kursus induksi di Hotel Sentral , Kuala Lumpur
alah malasye nak gi..
lama tu dr 24.10.2010 hingga 01.11.2010
mujo en suami belum pulang lagi dr operasi
kalo x sengsara gak nak tinggalkan en suami lme2...
ye lah sian lak en suami nak makan nanti kan...
en suami akan habis operasi pada 05.11.2010
wah seronoknye
kami akan bercinta kembali setelah lme tidak bertemu...
huhuhuhu


ok berbalik pada kursus induksi
dalam surat Kursus Induksi kena pakai kasut hitam bertutup
ala sy x de kasut bertutup warna hitam seme terbuka
ada bertutup tp warna coklat
x leh lak..alahai kena beli lah 1..
nak pakai t-shirt putih lak tanpa corak untuk aktiviti petang
mana ada yg kosong  seme bercorak adalah..
alah belasah jer lah huhuhu
peduli pe sy..wah garanye kamu fara..

semalam sy kuar sorang2 g cari kasut..
g kat Kluang Mall g kedai kasut SUMMIT
kasut cantik2 dah berkenan tp x de size lak..
alahai susahye nak cari em g Kedai Catriona Sonea x de gak size
alah malang ye nasib aku
erm g kat kedai GLAMOUR lak..
cari terus mencari kasut yg sesuai

ada adik jurujual tu tanya
''akak nak cari kasut ape?''akak nak cari kasut hitam yg bertutup
owh ni cantik kak...trylah pakai..
sy pun try pakai..memang ngam2 n cantik gak
budak tu tanya kt sy '' akak nak sambung belajar ke?''
eh..x lah akak dah keje dik
wah npe muke ku nampak cam budak2 ke
wah x nmpk cam kawen ke sy ni huhuuhu
akhirye sy beli lah kasut tu..dah less 50% ok la tu
huhuhu
nie kasut ye..erm biasa2 aje janji bertutup depan kan



Thursday, October 14, 2010

Blog Kolej Komuniti Bandar Tenggara

salam hye semua
ni nak promote kat korang semua...hehhee
mana yg x bz tu leh la terjah ke blog tempat sy bekerja ye..
nie link die
sila2 lah follow ye..




 

Wednesday, October 13, 2010

tido beralaskan lengan suami

semalam g kat pakcik google nak search pe tah untuk buat kerja modul Kolej Komuniti
lupe sih nak search pe..hehhe tibe2 terjumpa rencana ni
pasal tidur berbantalkan lengan suami..
so sy pun nak kongsi kat korang semua..
entry ni untuk para2 isteri je lah ye.... 
jom baca....

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)... FAKTA.... sirius... .

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

sy semenjak awal perkahwinan memang tido berbantalkan suami..
ptt la tenang n lena jerk tido...
rupa ye memang ada fakta ye..
pernah en suami kata "syg best ke tido mcm ni x bau pe2 ke''
sy pun menjawab ''best jer syg tido cm ni lena fara tido"hehhe
so para2 isteri korang amalkan lah ye..
memang tenang jerk hehehehe...


Monday, October 11, 2010

KHASIAT PELUK ISTERI

hari ni nak bagi info kat suami2 yang berada diluar sana..pentingnye peluk isteri setiap pagi..sila baca ye..


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK


 en suami sentiasa peluk diriku x kira pagi or malam...hehhehe

Saturday, October 9, 2010

♥ besday sayang ♥


hari ni 09.10.2010...
hari ni genap en suami tersayang 26 tahun
hari ini x dpt celebrate gan en suami
hari ini sy keseorangan di rumah... 
hari ni dan sebelum2 nya en suami berada dioperasi...
hari ni besday ye tanpa isteri tercinta di sisi..

semeye hari ini...hehhee
dah genap 26 tahun dah en suami..dah tua dah kamu..hehhee
HAPPY BESDAY syg
semoga syg panjang umo n dimurahkan rezeki..
semoga penantian kita selama ini akan berakhir
amin....
fara sayang n cinta syg sgt2...
muaaaahhhh

sepatunye mik pic besday syg tp en suami bertugas nak wat cm ne
x pelah
korang tgoklah pic kami  kat bwh nie eh..




 ni time celebrate 1st anniversary





time perkahwinan kami




Thursday, October 7, 2010

♥10.10.2010♥

hye semua geng2 blogger...cantek kan tarikh 10.10.2010...
tarikh tu jatuh pda hari ahad...sape2 yg kawen pilih tarikh ni memang cantek lah..
ada ummpphh
sy bertunang tarikh 09.08.2008  nak amek 08.08.2008 tapi jatuh hari jumaat..
susah lak sedara2 nak mik cuti nti confirm die org x dtg hari pertunangan sy..
hari perkahwinan sy amik tarikh 29.05.2009
(depan 29 belakang mcm 29 jugak kan) kire cantek lah..huhuhu

10.10.2010 tu akan berlangsung lah perkahwinan 
Dr Sheikh Muzaphar gan pilihan hatinya Dr Harlina
sama2 cantek same 2 padan
x sabar eh nak tgok die org punya Persandingan Kayangan tu..
adakah die org akan memakai baju persalinan baju angkasawan???
hehehe bergurau jerk jgn marah eh Dr Sheikh..
hehehhee


so kite saksikanlah gambar disebalik tabir pre wedding dieorg 
yg sy mik dari facebook 
cantek2 gambar die...
sgt2 cantek dr harlina...
jgn lupe saksikan perkahwinan mereka di TV3..












time kawen dulu x mik gambar pre wedding ni sb bujet lari..
kalo ada bujet bestye cantek2 kite boleh wat kan..
huhuhu

Friday, October 1, 2010

OKTOBER

hari  nie dah masuk bulan Oktober jap je masa berlalu kan..
perkahwinan kami pun dah masuk 1 Tahun 4 Bulan..
Ya Allah bilakah kau akan makbulkan permintaan ku Ya Allah..
Bilakah seseorang itu akan muncul dalam hidup kami..
Korang doakan ye..mudah mudahan berkat doa korang termakbul..
sy tidak putus2 dan jemu untuk berdoa 
agar impian kami suami isteri termakbul..
kami tidak sabar2 untuk menanti kehadiran mu syg didalam hidup kami..
semoga penantian ku dan en suami akan berakhir
amin..

09.10.2010 besday en suami tersayang..
hurm nak bg hadiah pe eh??tp en suami bukan dpt balik pun..
tggu bulan November baru lah en suami balik..
tiap2 taun besday en suami x pernah  sambut tarikh besday tu sme2 
mesti celebrate seminggu tau 2 mggu lepas tarikh besday..
dari kapel, tunang n kawen tetap sma...
nak wt cm ne en suami berkhidmat untuk negara
teringat blogger myna ckp..
isteri tentera mesti semangat tentera
yaaa..semangat sy mesti semangat tentera..
chaiyok chaiyok fara...

ag sebulan ag en suami akan balik
x sabar untuk menunggu en suami balik
semoga en suami berada dalam keadaan sihat hendakya..
en suami sempat mms kat sy pe yg die tgh buat waktu tu..
picha ye di bawah....


serius ye suami ku ni...




tgh teropong sape tu syg...hah!! jgn teropong awek sudaa...huhuhu