Followers

Monday, April 11, 2011

NOKIA C3



salam
lama x update blog
dah nak abis bulan April pun..
eh,lmbt ag la abis bulan April..x sabor2
baru-baru ni sy tbeli hp baru....terbeli????
oh bukanla memang nak beli pun hehehe
sy beli hp nokia c3
ok lah kan leh wiresles 
senang nak berfb..
huhuhu


Saturday, March 12, 2011

Jalan-Jalan


hari ni sy dan en suami kuar g bandar
jalan-jalan...dah warning dah gan en suami..
ari sabtu ahad mesti kena kuar..cover balik yg en suami asik keje n balik lewat2 mlm
so ri sabtu ahad waktu untuk balas dendam hehe
tapi hari sabtu tu en suami kena keje lak..
adoiiiii geramnye..tp en suami janji pas abis keje ajak kuar g jalan2
hehehehe yahuuu,....kuar jugak akhirnya..

petang tu kami berdua kuar g bandar
en suami ajak g tgok wayang cite HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
best gile cite die..
en suami siap kata x puas tgok rasa nak tgok ag huhu

hehhe ada cite lucu nak cite kat korang..
lawak gile...nak tau pe die
korang jgn gelak pulak ye
huhuhu

sy kuar dri kete tibe2kaki sy terpelecok 
terus wedges yg sy pakai tu jadi huuwaaaaa tidakkkk
korang tau pe die??tapak wedges sy tu terbuka..tggu masa jerk nak cabut
alahai nape malang sgt nasib..
padahal jarang pakai wedges tu..
ma sy ada kata kat sy ri tu..kasut2 tu kalo boleh pakai lah
jgn simpan jerk..beli banyak2 kasut tapi jarang pakai..
nanti kasut tu makan diri sendri
ya memang betoi wedges tu jarang sgt sy pakai
last2 jadi camtu aish...
malu siot...terpaksa la g cari kasut baru
jalan slow2 punya lah cover
en suami boleh gelak je aishh....
so sy pun beli kasut baru ni
-
-
-
-





ok x wedges ni???


muka ngatuk tggu movie nak mula..start kol 11.00 mlm





Sunday, March 6, 2011

Keluargaku ke Teratak Kasih "FARALEE"





ma, abah,adik n cha dtg ke teratak kasih kami 

04.03.2011 hingga 06.03.2011 3 hari 2 malam

wah aku teruja family sy dtg
ye lah terubat gak rindu kat dieorang

maklumla dah dok jauh kan

pesan kat ma jgn lupe masak ikan patin masak tempoyak

ermmmm best gileeeee...

mlm dieorg sampai tu sy mkn dengan banyakye ikan patin
bestttt tuuuuu....

sy bawa family g jalan2 town,g taman bawak budak kecik tu nak main taman

sape lagi kalo buka  CHA tu...

nak ke taman permainan jerk...

kejap jer dierorng dok teratak kasih kami

AHAD 06.03.2011 dah balik

sedihye....

gambar x banyak amik  sb kamera dah rosak

pakai hp sony sy je

rosak sb si renex yang kenik wat jadi rosak

hahahaha jgn marah ye..

ok jom tgok gambar n semestiye haruslah  gambar owner blog dulu


first time pakai shawl ok ke x ek????














Friday, February 25, 2011

KEMBAR SIANG



malam tadi sy n en suami g tgok wayang
sy dah x sabar nak tgok cite KEMBAR SIANG
so tiket movie kami kol 10.30 mlm
b4 movie start sy n en suami jln2 kat mall dulu hehhee
nak beli mcm2 tp takot bujet lari lak
hehehhe
cite ye ok ar 
jom layan sinopsis cite ni



Sinopsis Filem Kembar Siang
KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.
Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.
Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur.
AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.
Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin
  

 part ni best sb dua2 org ni sengau...



 bab mengatal hahhaha aummm bak kata sathiya

Wednesday, February 23, 2011

HATIKU DI UJI




salam hai lame x update blog
macam2 masalah berlaku dlm bulan Februari ni
erm nie semua dugaan dari yg maha esa
Ya Allah Tabahkan lah hati hamba mu ni
kuatkanlah hati mu ini untuk hadapi cabaran hidup...
 setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya
ku berharap perkara ini x kan berulang ag...
Amin....


 



Thursday, February 17, 2011

HAPPY BESDAY ADIK

taaraaaaa....
ari ni entry bukan gambar si tuan punya blog la
gambar si budak senget lak hehhe

18.02.2011 besday budak paling degil n senget sekali
die lah sorang ye adik yg sy ada huhuhuhu
tiada DUA tiada TIGA hanya SATU
teman karib n teman gaduh
asik nak bergaduh jerk padahal dua beradik jerk
my mom selalu bising asing bertekak jerk 
baru dua putung kalo ramai x tau la...
hahhaha

sekarang kami dah jarang bergaduh
budak ni dah baik cket lah
cket je lah hehhee
tapi bergaduh adat la adik beradik kan
kalo bergaduh mula la pulang balik barang yg sy pinjam dari die
begitu jugak budak ini...
hehehe dah balik amik balik hahhaa lawak2

tp sekarang sy da dok jauh kami jarang bertemu
budak ni dah keje
maklumla toke TUNAS MANJA
Huhukhuk jgn marah ye Renex
ok nak nyanyi ni...
ehem ehem....

Happy Besday to you
Happy Besday to you
Happy Besday to ADIK
Happy Besday to you......
SWETT 22
semoga panjang umo n dimurahkan rezeki
semoga impian kamu tercapai
dan cepat2 lah cket ko akan jadi mok su ye
doakan tau
Amin











Monday, February 14, 2011

VALENTINE DAY

Happy Valentine Syg.. (Yang ni Haram)..
Kalau Selamat Hari Kekasih Syg.. (Yang ni Haram tak?)..
Yg sebenarnya Hari2 pun boleh memperingati Kekasih..
Dan secara kita tak sedar sebenarnya kita juga ada buat perkara2 yang HARAM dan Mgkn lebih Jelas lagi Pengertian HARAM itu,selain dari yang dicanang skg ni iaitu Sambut "Valentine"..
Yg ptg berbalik kepada Hati dan Niat kita Sendiri..
Fikir-fikirkan lah.. 
fara syg sayang
muaaaahhhh